16.2.11

TiDaK bAiK BeRdEnDaM ! ! !

Disebutkan oleh Allah bahawa Nabi Yusuf tidak sedikitpun berdendam terhadap adik-beradiknya yang pernah memisahkan beliau daripada bapanya yang tercinta iaitu Nabi Yaakob, malah dengan sikap dan akhlak mulia yang ditonjolkan beliau ini akhirnya mengakibatkan keinsafan adik beradik baginda. Amalan tidak berdendam tetapi membalas baik terhadap perkara yang buruk terhadap kita juga adalah salah satu daripada sifat mulia baginda Rasulullah S.A.W.

Lihat sahaja bagaimana Rasulullah tidak membalas perbuatan seorang wanita Yahudi yang sering meletakkan kotoran dan duri di jalanan yang sering dilalui baginda. Lihat juga apa yang dilakukan oleh baginda terhadap penduduk Taif yang bukan sahaja tidak mendengar seruan dakwah Rasulullah tetapi bersikap kurang ajar pula terhadap baginda dengan dilemparkan batu sehingga luka-luka kaki baginda dan diludah oleh sekalian penduduk Taif termasuk kanak-kanak dan juga hamba abdi. Kesemuanya perbuatan ini tidak dibalas malah wanita Yahudi tersebut dilawati baginda ketika beliau sakit, begitu juga dengan penduduk Taif yang didoakan baginda.

Saya sering ditanya tentang perkara seumpama ini, jawapan saya. Jika kita balas perbuatan jahat mereka, maka samalah kita jahat dan berperangai buruk macam mereka. Nak ke? Taknak-taknak! Begitulah secepat kilat jawapan yang diterima : ) Yerlah, kita sibuk cerita orang tu jahat tak baik, tapi lepas tu kita balas balik perbuatan jahat mereka. Kan kita dah sama perangai macam orang yang kita kata jahat tu?

Selama bekerja di masjid, kadang-kadang ada juga suara sumbang yang suka mengutuk dan mengata kita macam2. Sampai sekarang saya bersyukur kerana tidak melenting atau serang mereka yang pernah mengata saya walaupun pada masa tu menggelegak juga hati ni…saya cuba perbaiki diri dan belajar bagaimana memenangi hati jemaah-jemaah yang lebih berusia dari saya. Alhamdulillah, sekarang ni ada di antara jemaah-jemaah yang mengata saya tu, sekarang ni antara yang paling rapat dengan saya.

Pernah juga satu peristiwa masa saya mula kerja dulu, geram saya dengan gelagat satu jemaah ni (orang tua). Kerjanya kutuk saya saya tak berhenti. Nak tahu apa saya buat? Haha…setiap kali saya saya jumpa dia di masjid, saya senyum kat dia, salam dan cium tangan dia! Saya lakukan tiap hari. Alhamdulillah, tiada lagi kata-kata kurang enak dilemparkan pada saya selepas itu. : )

Yelah, kadang-kadang kita pun kena praktikal juga. Takkanlah mentang-mentang kita tak salah, kita nak harapkan orang tua melutut minta maaf dengan kita atas kesilapan mereka? Kategori ni termasuklah ibu bapa kita, mertua serta orang-orang yang lebih tua dari kita. Betul tak? Sebaiknya kita bersalah dan tidak menyimpan hati terhadap mereka. Perbaiki diri atas segala kekurangan, fikirkan cara bagaimana memenangi hati mereka. Layan mereka dengan baik seperti mana biasa dan berdoa pada Allah, I.Allah semuanya akan berakhir dengan baik.